RUKM. Nasehat Guruku Prof.Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud

 Setiap insan memiliki niat, kesediaan dan keupayaan tertentu apabila mula menuntut ilmu dan mencari kebenaran. 



Jika dia ikhlas mengenal potensi dan batas keupayaan dirinya, dia akan menyesuaikan dirinya menerima ilmu dan kebenaran yg ditemuinya dgn merobah apa yg difahami dan yg diamalkan sebelumnya menuruti kefahaman baru yg terbukti lebih benar, dari sumber2 dan guru2 yg sungguh berwibawa. Perbaiki adabnya dlm  setiap ketika, perkara dan suasana: Muhasabah, mujahadah dan tazkiyatul nafs. Dari sudut ini, dia akan terus berobah ke arah yg lebih baik dan mulia, yg terbukti dari amal zahir dan batinnya.  


Jika dia ikhlas juga, dia akan mengakui bahawa keupayaannya yg terbatas itu tidak mampu memahami dan menguasai aspek2 lebih luas dan dalam yg dikuasai tokoh2 lain. Dia akan hormat mengiktiraf menyokong tokoh2 tersebut, walaupun dari mazhab dan agama lain. Inilah satu ciri budaya ilmu sebenar.


Jika dia tidak ikhlas dlm mengenal keterbatasan keupayaannya, dia tidak akan merobah kefahaman dan amalan lamanya mengikut kebenaran baru yg ditemuinya. Malah dia akan merobah kebenaran itu mengikut kehendaknya, hawa nafsunya, mengikut kefahaman lamanya  yg sempit-dangkal itu. 


Segala kebaikan dari kebenaran hakiki itu akan dirosak dan dikelirukannya kerana keangkuhannya mentafsir dan mengaplikasi dari keupayaannya yg sempit-dangkal. Dia juga akan mengenepi, menentang dan memusuhi apa yg tidak difahaminya, dan apa yg berlawanan dgn kepentingan songsangnya. Inilah satu ciri subjektivisme yg merupakan buah dari Ingkar Ilmu yg sangat merbahaya.


Ikhlaslah dalam mengenal diri dan berilmu dan berobahlah mengikut kebenaran hakiki, bukan kepentingan pribadi.


(Nasehat Guruku Prof.Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud)

Komentar